10 Jenis Solat Yang Tak Di terima Oleh Allah SWT

Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk da...




Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."


You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. nice info...
    yg ke-7 tu mksudnya tgh smayang xpakai ke..hariannya??hehe

    btw..nice..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/boikot-je-la-konsert-final-af-tu.html

    ReplyDelete
  2. dear,br ag guna advert tu..

    nek brape posen baru..huuh..

    ader org kata lau letak due2 akn xder status glitteri..

    tp yui wt gak..sje nk try..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..byk pahala baca ni

    ReplyDelete
  4. jge solat tu penting kan..kalau x kne lempo blk je kat muke..

    ReplyDelete
  5. Semoga ALLAH menerima semua amalan kita ...Amin...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!