kanak-kanak kurang berat badan
Anak Kurang Berat Bagaimana Mengatasi-Part 5 [Jika Ibu Bekerja]
6:15:00 PMsambungan dari entry
Part 1- Kanak-kanak Kurang Berat Badan
Part 5-
Jika Ibu Bekerja
Jika saya bekerja,apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan anak saya mendapat makanan yang cukup?
Ibu yang bekerja perlu:
- Menyediakan makanan sebelum keluar bekerja dan mengajar pembantu rumah/pengasuh menyediakan makanan yang berkhasiat untuk anak
- Memastikan pembantu rumah/pengasuh memberi anak makanan yang telah di masak atau di bekalkan
- Menyediakan atau meminta pembantu rumah/pengasuh menyediakan snek yang berkhasiat dan mudah di makan pada bila-bila masa sahaja.
Contoh Menu Berkalori Tinggi bagi Bayi Berumur 6-8 Bulan Yang Kurang Berat Badan
Sarapan Pagi
Susu Ibu sekerap mungkin
Minum Pagi
Susu Ibu sekerap mungkin
1/2 cawan bijirin bayi
Makan Tengahari
1/4 cawan bubur nasi pekat
1/2 sudu makan isi ikan
1/4 sudu makan tomato/lobak
1/4 sudu makan sawi/bayam
*[tambahkan 1 sudu makan minyak masak/marjerin ke dalam bubur nasi]*
Minum Petang
1/4 sudu makan pisang
Makan Malam
1/4 cawan bubur nasi pekat
1/2 sudu makan isi ayam
1/4 sudu makan tomato/lobak
1/4 sudu makan sawi/bayam
1/4 suddu makan pisang
*[tambahkan 1 sudu makan minyak masak/marjerin ke dalam bubur nasi]*
Timbang anak untuk memastikan dia membesar dengan baik
Bawa anak ke klinik mengikut jadual untuk
- di timbang berat dan di ukur tinggi
- di periksa jika terdapat masalah kesihatan
- mendapat nasihat jururawat dan doktor
Jadual Lawatan kanak-kanak ke Klinik Kesihatan
umur dan jadual lawatan
0-6 bulan ---> sebulan sekali
6-12 bulan---> 2 bulan sekali
1-2 tahun ---> 3 bulan sekali
2-4 tahun ---> 6 bulan sekali
5-6 tahun ---> setahun sekali
tamat lah
4 insan comel komen
wahh bagus ni. siap berpart2 ni.. hehe. bookmark2. ;)
ReplyDeletealhamdulillah anak2 saya tak ada masalah mcm2 ni...
ReplyDeleteTerima kasih utk pkongsian ni... Kena amalkan ni
ReplyDelete@Riena Haiqal amalkan kak..akak ada anak kecik..hehe
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!