♥eMEDIK
CPR
1:00:00 PMResusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung.
Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway, Breathing and Circulation).
1.SALURAN PERNAFASAN
2.PERNAFASAN
3.EDARAN DARAH
1.SALURAN PERNAFASAN
2.PERNAFASAN
3.EDARAN DARAH
SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY)
PERNAFASAN (Breathing)
*sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan.
* Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan
- membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu diingat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran pernafasan
PERNAFASAN (Breathing)
- Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paru-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba.
*sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan.
* Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan
*Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada
EDARAN DARAH (CIRCULATION)
- Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama
*Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan
PESANAN:
CPR seperti juga kemahiran lain, perlu dipraktikkan selalu supaya anda ingat langkah-langkah penting. Dengan cara ini apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa. Perbaharuilah kemahiran anda sekurang-kurangnya 2 tahun dengan cara menghubungi Jawatankuasa CPR dan mengambil kursus ulangkaji.
Kursus ulangkaji tahunan yang lebih kerap adalah digalakkan. Ini akan mengambil sedikir masa sahaja untuk mengkaji semula langkah-langkah kecemasan dan anda akan merasa lebih yakin kerana masih mampu melakukan CPR. Kursus ulangkaji juga akan memberikan penerangan mengenai teknik CPR yang terbaru.
ANDA DILARANG BERLATIH ATAU MENCUBA KEMAHIRAN INI KEATAS ORANG LAIN!! IA MERBAHAYA KEPADA ORANG YANG SEDAR DAN SIHAT, TETAPI ADALAH PENYELAMAT KEPADA MANGSA JANTUNG TERHENTI.
sekian terima kasih ^^
10 insan comel komen
sape nak try wat kat nora elena cemni? ngeee lariksssss
ReplyDeletegood entry..love this :D
ReplyDeleteterbaik..tq berkongsi ilmu
ReplyDeletetak pernah ada pengalaman buat CPR ni lagi...harap2 tak jumpa le kes2 mcm ni...
ReplyDeletebagus share bende2 cam ni
ReplyDeleteinfo yang bagus untuk presentation saye,,, tq kak jijah... ^_^
ReplyDeleteInfo yang menarik... Pernah attend kursus ini dulu... Masa nak buat praktikal tu.. kena buat dengan patung...Ingatkan dengan nurse ker apa.. ker...he..he..he..Bukan apa... nak cuba yang real punya....
ReplyDeletegud2 ... nice entry :)
ReplyDeletepasni bole la buat pertolongan CPR hehe
dlu pnh bt CPR dgn patung..huhu..
ReplyDeleteproses pembelajaran time tu..=)
rasa2 xkan buat kot
ReplyDeletekalo dah terpaksa kena cuba la
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!