♥eTIPS
dunia blogger
Perlu ke Mengutuk dalam bidang Blogger l Petua Menghakis Sikap Buruk Ini
9:00:00 AM
Assalamualaikum kalian.
selamat pagi yang tercinta. uhhh! mengeliat kiri kanan pula. lenguh betul terasa badan ni la. dah tamat syif malam jijah 3 hari. dan mula bercuti 3 hari juga. ni tak nak tidur lagi sebab takut karang bangun lewat langsung tak update ape-ape. hee
Tanpa disedari setiap daripada kita mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk diubah. Bercerita mengenainya, sebenarnya terdapat pelbagai tabiat buruk yang dimiliki manusia. Sesetengah tabiat buruk itu boleh dilihat dengan jelas pada kelakuan seharian. Tabiat buruk seperti mengumpat, mengutuk dan sebagainya boleh diubah asalkan diiringi dengan niat dan usaha yang tinggi.
Tabiat suka mengumpat selalu ada dalam masyarakat kita kan. tetapi ia perlu dihindari kerana ia merosakkan hubungan sesama manusia sebab kebelakangan ni, ape yang jijah lihat dari pandangan mata kasar semakin menjadi-jadi dengan dunia blogger. dengki mendengki sana sini. kutuk mengutuk orang ni orang tu. mengaibkan orang jangan cakap lah. kenapa harus jadi begitu? ni ke bangsa melayu yang bertamadun. wei. kalian ade pelajaran dan rata-rata yang dah bekerja samaada kerajaan mahupun swasta. perlu ke mengutuk sana sini. perlu ke nak di ajar macam budak sekolah lagi. bagi jijah tak perlu.
Ada juga orang yang memiliki tabiat suka sangat meminjam barang orang. Pantang barang itu dia suka, pasti diminta pinjam. emm -_-
Ada orang yang suka sangat mengumpat. Pantang bila diajak berbual je pasti ada yang diumpatkan. sama juga seperti mengutuk. habis di canangnya seluruh dunia orang ini itu ini melalui entry hotnya dalam blog. Oh kononnya trafik akan tinggi lah lepas buat macam tu. Tak baik. tak baik! Hal ini akan menyebabkan orang yang diumpat terasa teraniaya, sekali gus membuatkan individu tersebut membenci kalian walaupun hakikatnya memang itu kesalahan beliau.
Ada juga pula orang yang suka sangat mencari salah orang lain. Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul. Kita kena pandang dua-dua belah pihak. jangan salahkan satu pihak je yang bersuara tanpa tahu musabab kenapa beliau melakukan begitu.
Petua Mengikisnya
1. Berperingkat-peringkat - Jika kalian menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat kalian tertekan. Ini membuatkan kalian merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal.
2. Beringat Selalu - Jika kalian telah ditegur rakan disebabkan tabiat buruk, cuba untuk berubah. Sentiasa beringat untuk tidak melakukan tabiat buruk tersebut pada masa akan datang. Tabiat buruk yang berulang-ulang menyebabkan rakan merasa jemu dan benci pada diri kalian.
3. Mesti Ada Kemahuan dan Niat - Kalian ingin berubah tetapi tidak memiliki kemahuan dan niat yang sungguh-sungguh. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah. Setiap satu perubahan yang diinginkan memerlukan kemahuan yang tinggi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.
4. Selami dan Fahami - Selami dan fahami dahulu tabiat buruk kalian. Fikirkan impak negatif yang bakal kalian peroleh jika tabiat buruk itu masih kalian praktikkan.
5. Bersabar - Jangan mudah berputus asa jika kalian masih mengulangi tabiat buruk tersebut. Memang tabiat buruk susah untuk dibuang. Ini kerana, perubahan melalui tahap dan proses yang panjang. Mungkin kalian beringat untuk tidak melakukannya sekarang. Namun, tanpa disedari kalian mengulangi semula tabiat buruk itu kemudian harinya.
6. Berdoa - Jika kalian merasakan rakan-rakan menjauhkan diri disebabkan tabiat buruk kalian itu, berdoalah memohon pada Tuhan agar tabiat buruk itu dapat kalian buang. Jangan pula berdoa tetapi kalian tidak berusaha untuk membuangnya. Seiringkan doa dengan usaha. Lama-kelamaan tabiat buruk itu dapat dibuang dari dalam diri kalian itu.
12 insan comel komen
ahakz!!
ReplyDeletecpt2 buat ape yg ptot..
ermm...bg ayu bila nak buang habit mengumpat tu time orang lain bkumpul ramai2 ayu akn dok diam sorang2 dlm blik sndiri...klu dh berkumpul tu xsah lau xciter sal org lain
ReplyDeletebahaya woo kalo tak dibuang awal2 sikap negatif kita tu.. takut nanti bila dah terbiasa sangat dengan sikap tu boleh menyebabkan perbalahan pulak..mintak simpang la..
ReplyDeletesetuju ngan jijah.. untuk ubah diri kita, hapuskan tabiat kita pelan2.. lepas dah usaha, kena la doa...
ReplyDeleteCsP nak bagi Hadiah!!!
hmm...dah cube dah...skang ni x mengumpat psl org sekeliling...tp mengumpat psl artis pulak ;D
ReplyDeletetp, sye cube jgklah kikis habit ni peringkat2 :)
tabiat manusia. :)
ReplyDeleteyg pinjam barang tu paling pantang. kdg2 rosakkan. T_T
p/s: lau yg follow semata pasal kisah sensasi tu,xtau nak kata pe..tgk komen2 dia pon ader yg mcm menggalakkan je..ntahla..
ReplyDeletehehe:) btul2 harap2nya ramai la amik iktibar dari sini ye… tq for posting dis.. hope can exhange links… i nak link ni kat my blog k!!
ReplyDeletetoche toche
hehe:) btul2 harap2nya ramai la amik iktibar dari sini ye… tq for posting dis.. hope can exhange links… i nak link ni kat my blog k!!
ReplyDeletetoche toche
haha , mmg stuju sgt . . lalalala
ReplyDeletetak suka dengan orang yang mengumpat...pedih telinga...
ReplyDeleteterbaik ! ^^
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!