Perjalanan Istimewa Israk Mikraj

27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu P erjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil H...


27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu Perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.


Firman Allah bermaksud:

“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)


Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.





Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

  1. Sedekah/amal jariahnya,
  2. Doa anak-anaknya yang soleh dan
  3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Selamat Menyambut Israk Mikraj.. Mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan doakan kesejahteraan baginda, ahlul bait & para sahabat.

You Might Also Like

12 insan comel komen

  1. Selamat Menyambut Israk Mikraj kawan-kawan..

    ReplyDelete
  2. hayatilah perjalanan ini....

    ReplyDelete
  3. hi i hope u can fo;;ow my blog :)

    ReplyDelete
  4. singgah sini ye :)

    http://gurlgemini.blogspot.com/2011/06/segmen-bw-dan-list-link.html

    ReplyDelete
  5. selamat menyambut israk & mikraj..

    nice entry dear..

    ReplyDelete
  6. haa cik jijah puasa takkk? ;P selamat israk mikraj =)

    ReplyDelete
  7. @fathiah;

    haha tak puasa la yunk..ehem. hem.. salam israk mikraj..

    ReplyDelete
  8. sama-sama menghayati hikmahnya peristiwa Isra' Mikraj ini...

    ReplyDelete
  9. salam isra' mikraj :)

    lepas peristiwa ini juga abu bakar mndapat gelaran as siddiq nye itu :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!