Mengapa Badan Menjadi Gemuk

Ramai orang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat cermin, serta-merta muka masam mencuk...



Ramai orang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat cermin, serta-merta muka masam mencuka. Tidak ada salahnya jika berlebihan berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang?

Jadi, bagaimana hendak kuruskan badan?

Senaman.

Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yang beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat di war-warkan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup kalian mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

Makan Sayuran dan buah-buahan.

Ia bukan sahaja memberikan kalian vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh kalian. Dengan pengambilan sayur dan buah-buahan yang mencukupi, secara tidak langsung kalian akan mendapati bahawa selera makan kalian tidak berlebihan.

Kurangkan Minuman Bergas.

Salah satu faktor kegemukan adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Jangan tinggalkan sarapan pagi.

Ramai juga orang yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah. Orang yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari.



selamat beramal ^^



You Might Also Like

24 insan comel komen

  1. nice info!! thanks for sharing.. hope akk dapat amalkan esp bab senaman.. hihihi.. badan dah makin membulat ni..

    ReplyDelete
  2. hahaha...hempap suami samapi patah katil...senaman malas buat,sayur tak makan,buah makan la.breakfast wajib..

    ReplyDelete
  3. Patotla sy gemok juger skrg sbb abaikan sume di ats.. Hahahah~

    ReplyDelete
  4. nice info!!

    tp pic tu yg lawak..hakhak..

    ReplyDelete
  5. satu lagi cik zizah...makan hati berulam jantung...sure berat badan turun mendadak...hehe

    ReplyDelete
  6. patot r noh gumuks...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. sy ni terbalik pulak..tak mkn sayur, tinggal breakfast..tp badan xmau naik..dok 60kg je..=P

    ReplyDelete
  8. cak3..

    yui dtg nk bg entry coz smlm cik jijah tnya =)

    http://nusha1706.blogspot.com/2011/06/skg-pic-cik-abangauuugeli-lak-pggl.html

    ReplyDelete
  9. nonie lak memang xleh bekfast..mesti sakit perut.sbb tu mmg tingglkn bekfast.kihkih

    ReplyDelete
  10. haha..like this entry..nice sharing..^^~

    ReplyDelete
  11. wehh..rindu2..hahahaha
    aku rasa sebab gemuk ni..
    makan byk mmg ar kn..
    satu lagi x rajin turun
    bersukan petang2..
    mcm pempuan ar..
    tiap petang tido je..hahaha

    ReplyDelete
  12. alahmdulillah wat masa ni masih leh tahan :)

    ReplyDelete
  13. nice info !
    thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  14. lain mcm je gamba katun tu haha

    ReplyDelete
  15. entry yang berguna untuk orng2 yang mengembang like me.,,.=))

    ReplyDelete
  16. Pokcik berminat dengan gambar kartun tu, tnp perlu membuat pertimbangan, pokcik nk cari psangan yg krus je.. (leh kaya syarikat katil)

    nota perut: pokcik le blogger baru yang dok buang angin di blog orang lain.. follow n dfollow ye

    ReplyDelete
  17. ye, saya juga makin kembanggg...tapi katun tu takley blah~ hahah

    ReplyDelete
  18. aisehhh sensitiplah gemuk2 nih.. heee

    ReplyDelete
  19. dni dulu aktif sukan. la ni tinggal sukan sampai peha ngan lengan naik lemak. sobsss

    ReplyDelete
  20. bole bagi jadual pemakanan seimbang tak? hehehe..... kalo kte makan mee goreng tetiap pagi tu ok ke?

    ReplyDelete
  21. thanks share tips ni..mslh skrg ni nk kempiskan lemak bhgian peha, lengan & pipi..ada tips? hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!