Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Assalamualaikum... hai kalian.. 30 days 3o challenge~ rujuk entry ini kalau nak tahu apa daku buat.. mari kita teruskan challenge. oke! seb...


Assalamualaikum...

hai kalian..


30 days 3o challenge~ rujuk entry ini kalau nak tahu apa daku buat..


mari kita teruskan challenge. oke! sebelum tu jijah mintak maaf jika entry ini ada menguris hati sesetengah yang membaca. ini cuba challenge dan jijah cuba lakukan sebaik mungkin.


jijah ni bukan jenis yang cakap main lepas. lebih banyak jijah mendiamkan diri je. tapi selagi orang tu tak kacau jijah. so jijah ok!


1. BERLAGAK!
  • oke. yang ni memang membuatkan jijah meluat sangat-sangat! tak payah nak berlagak sangat lah. semua manusia sama je,
  • Jangan pandang orang lain berdasarkan jawatan,kerja,pangkat, wang atau harta! Hormati sesiapa saja.. Ini menjadikan kita sentiasa bermotivasi..

2. SUKA MENCARI SALAH
  • Semua pandangan orang tidak diterima. Bagi dia hanya pandangan dan kata-kata yang dikeluarkan daripada mulutnya sahaja yang betul. Kita kena pandang dua-dua belah pihak. jangan salahkan satu pihak je yang bersuara tanpa tahu musabab kenapa beliau melakukan begitu.


3. MEMANDANG RENDAH ORANG LAIN
  • Jangan pandang rendah kepada sesiapa sahaja. Setiap manusia di dunia ada keistimewaannya, ada kepandaiannya yang tersendiri, dan ada pengalamannya yang telah dilaluinya lebih awal daripada kita.

4.SUKA MENGUMPAT
  • Ada orang yang suka sangat mengumpat. Pantang bila diajak berbual je pasti ada yang diumpatkan. sama juga seperti mengutuk. habis di canangnya seluruh dunia orang ini itu ini melalui entry hotnya dalam blog.

dan sekadar renungan kita jangan memiliki perkara negatif ni...



Kita akan memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:

1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.

4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.

5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga

6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.

7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.

8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.

9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.

10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.

13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.

17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.

19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu.




Semoga kalian tidak tergolong dalam 23 perkara ini..

Wallahualam~~



You Might Also Like

9 insan comel komen

  1. thanks for the sharing... :)

    ReplyDelete
  2. harap2 diri ini tak buat 23 perkara tu...tapi kdg2 banyak juga negatif yang hadir dalam diri tanpa disedari....kita cuma insan biasa...
    harap entry ini menjadi peringatan...

    ReplyDelete
  3. yup semoga tak tergolong dlm golongan tu huhu ..

    ReplyDelete
  4. mintak simpang semua perangai mazmumah ni.. amin..

    ReplyDelete
  5. apapun yang kita lakukan dalam hidup ni, kite kena bersederhana..Tak perlu cerita aib orang, sebab berkemungkinan besar kita lebih teruk dari orang yang kita aibkan..Always jaga tingkah laku & percakapan..Betul x cik jijah??Ini utk peringatan Eza sndiri jgk~

    ReplyDelete
  6. Berharap sy tidak selalu berfikiran negatif dan melakukan perkara yg tidak disukai org..

    ReplyDelete
  7. bersederhanalah dalam semua perkara :)

    ReplyDelete
  8. tp iqa salu think positive but
    act negative. mcm mn tu?
    hahaha.

    oh,iqa suka sound org directtt je.
    hahah.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!