Selamat Jalan My Sis

assalamualaikum kalian... maaf sangat. jijah baru bangun tido lepas hantar my sis ke airport 3 pagi tadi. seharian jijah tak tido asyik belo...



assalamualaikum kalian...


maaf sangat. jijah baru bangun tido lepas hantar my sis ke airport 3 pagi tadi. seharian jijah tak tido asyik belogpecut la sampai 3am tadi. sekarang jijah pulak tengah emo..



muka tak tido semalaman.asyik belogpecut!


jijah sedih sangat. kat rumah ni nampaknya jijah takde geng la jawabnya. hanya bertemankan mak gan ayah je. dulu my sis selalu ada. leh teman pergi jalan-jalan. kalau jijah nak keluar gan encik tentera laut mesti keluar sama-sama then dia ikut hala tuju dia.


depan pintu masuk


ermm kini nampaknya jijah takde kawan. my sis dah selamat sampai Labuan naik belon merentasi laut china selatan. sekarang my sis kena kursus setahun untuk Skim Latihan Perantis Peruncitan PERNAMA.



Perwira Niaga Malaysia atau ringkasnya PERNAMA merupakan sebuah perbadanan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). PERNAMA bertanggungjawab mengendalikan laman niaga serta kedai runcit di dalam Kem-Kem Angkatan Tentera seluruh Malaysia.

Kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Skim Latihan Perantis Peruncitan (SLPP). Skim latihan selama 12 bulan ini bertujuan melahirkan kakitangan terlatih untuk ditempatkan di kedai-kedai PERNAMA. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan diberikan elaun, kemudahan perubatan dan faedah-faedah sedia ada.


my sis mohon kerja kat PERNAMA dalam kem askar tu. lagipon ayah jijah pon bekas askar kan. nanti tamat kursus je mungkin dia akan jadi Pengurus Pernama. hehee Amin


rezeki dia berpihak kat situ. sebelum ni my sis belajar di Poli dah grade Diploma Setiausaha. oh ya my sis kursus kat Labuan Sabah. jauhnya kan. dia pon naik belon sensorang. nanti kat airport labuan ada la orang PERNAMA amik.




sesiapa yang nak mohon jawatan kosong kat PERNAMA ni. sila rujuk laman web www.pernama.com. tapi jijah tak pasti jawatan kosong di buka lagi ke tak. huhuhu



siap lambai lagi masa nak checkin


jijah tak leh nak cakap la. memang dah berjujuran air mata ni. jijah kan cembeng. bahaha~~




ok ok. selamat tinggal my sis! nanti balik semenanjung bawak kristal,gelang kristal,mutiara,kerongsang banyak-banyak tau! we all miss u. muaaah!!


bestnya naik belon!!


InsyaAllah kami akan pergi ke sana jugak yer. take care dear!


p/s; facebook beliau Lavia Ziela dan ada blog lavia90.blogspot.com


You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. walaupun ur sis xde, teman2 blogger len ad.. :D

    http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html

    ReplyDelete
  2. 12 bulan memang laaa lama... tapi kalau "SATU" tahun tak laa lama...

    He..he..he.. sabar laa Jijah hooii..

    ReplyDelete
  3. @nuyui;
    InsyaAllah harap2 ni yang terbaik!


    @saiazuan;
    haah lebih2 lagi saiazuan kan ade..hehe


    @wuming;
    hahaa gitu eh...sama je kot...lalala
    sabar..sabar..

    ReplyDelete
  4. bile tgk gambar2 tu.. cam jijah je yg nk p labuan...hehe

    ReplyDelete
  5. ololooo . manja with her ? hehee ..
    td Tia check kot2 Tia pun leh apply , dah tutup . sangat2 sedih . wuwuuu ~

    ReplyDelete
  6. itu yang terbaik untuk dia...
    dan perpisahan ini hanya sementara...

    lama dah saya tak dengar nama PERNAMA ni...saya nak apply juga...adik cik zizah leh rekemen ke?..hehe :)

    ReplyDelete
  7. @mumui;
    haha kenapa? jijah pakai sweeter eh..haha


    @ini kisah tia;
    hehe tia mmg nak apply keje ye. t jijah tgk kalau ade lagi ye..yalah manja..adik sorg..ngee~~


    @khairil;
    haha abg khairil nak jadi manager ye..tunggu adik jijah abis kursus ye..haha

    ReplyDelete
  8. boleh tapi lagi 12 bulan lagi yer...masa tu silap-silap saya pun dah jadi manager kat tempat sekarang ni...haha..:P

    ReplyDelete
  9. @khairil;
    hahaha serupa tak payah. tmpt skrg lagi masyuuk..hahaa

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!