♥eTIPS
Tips Untuk Mudah Bersenam Selalu
8:30:00 AM
Semasa perjalanan ke tempat kerja
- Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan seterusnya gunakan tangga
- Turun LRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat
- Sekiranya kalian memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum ke pejabat
Semasa di pejabat
- Lakukan senaman ringan atau rengangan selepas lama bekerja
- Latihkan penggunaan tangga dan kurangkan pengunaan lif
- Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat panjang
- Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari
Semasa di rumah
- Lakukan rengangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen
- Ikut serta anak-anak kalian ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja
- Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik
Semasa membeli-belah
- Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana berkalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk kalian
Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 - 30 minit setiap kali.
9 insan comel komen
kempen bersenam!!
ReplyDeleteSy tiap2 pg bersenam tau? Regangan ats katil la tapi... Huahauahauhaua~
ReplyDeletetips2 yg menarik ^_^
ReplyDeleteinfo yang bagus ni...saya selalu balik kerja main sepak raga...boleh le berpeluh-peluh...
ReplyDeleteSelama ini kalau ke Pasaraya... Mesti cari tempat Parking dekat pintu masuk... Kih..kih..kih...Malasssss
ReplyDeleteWow! Tak terfikir pulak boleh bersenam macam tu. Bagus entry ni.
ReplyDeletehttp://www.boisanerd.blogspot.com
ada senaman time tidur tak? hehehe. malas
ReplyDeletejemput singgah blog gua jugak :)
dah malas nak bresenam..:)
ReplyDeleteJOM singgah blog saya nak...kenapa ye kite perlukan orang yang memahami diri kite?
kena rajin2x diri balik bersenam niehh,.
ReplyDeletehttp://ellismelia.blogspot.com/2011/06/attack-block-movie-contest-by-deqlis.html
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!