Jimmy Shanley Terima Cahaya Mata Sulung Zahrah Shanley

Alhamdulilah...Pengacara Jimmy Shanley selamat menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu. Bay...







Alhamdulilah...Pengacara Jimmy Shanley selamat menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu. Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat. kecik juga eh anaknya. huhuhu

gambar anak jimmy shanley
sumber: beautiful nara

Jimmy berkata “Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.


“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy. Jimmy memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).




“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi. Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.


“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.


Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

You Might Also Like

19 insan comel komen

  1. takde ke gambar anaknye? mesti muke cam omputih macam jimmy kan? hehe ^___^

    ReplyDelete
  2. syukur dpt gak jimmy nk kendong anak dia

    ReplyDelete
  3. comel bby dia kan..

    cian lak bc kisah dia..

    ReplyDelete
  4. wah akhirnya..
    tapi knp lah bini die wat cmtu kan

    ReplyDelete
  5. harap semoga dia tabah mengahadapi konflik rumahtangganya...dan semoga dengan kehadiran cahayamata ikatan kasih mereka tertaut kembali...

    kesian dekat dia...

    ReplyDelete
  6. Jimmy nie baik an ? asal ar isteri dia cmtu ? hmm ,

    ReplyDelete
  7. @siti safiyyah;
    dah masukkan da yunk..comel sgt!


    @hafizah ayu;
    Alhamdulilah dapat..harap2 boleh selalu pegang..


    @nuyui;
    comel. mmg sedih. jimmy betol2 penyabar.


    @cik najihah;
    ntah la..dah beranak pon buat perangai..emm..tak tahu lah.


    @khairil;
    harap-harap macam tu abg khairil. semoga bertaut kembali dan berbahagia..


    @leya;
    baik,penyabar dan btggjawab. tah la tak tahu nak slh sape..hehe

    ReplyDelete
  8. @amir aizat;
    comel mcm jijah tak? hahaha

    ReplyDelete
  9. Berkat kesabaran Jimmy... Cahaya mata yg comey....Mungkin dgn kelahiran zahrah akan membuka lembaran baru bagi hidup Jimmy dan isteri. Insyaallah..

    ReplyDelete
  10. @pendekar laut;
    InsyaAllah Amin..harap2 macam tu..

    ReplyDelete
  11. kesian jimy, sebaik2nya elakkan jalan yang dibenci Allah tuh (bercerai) huhu , cian Zahrah :(

    ReplyDelete
  12. chomell .. kesian tgk jimmy shanley .. harap dia bahgia lepas ni .. :)

    ReplyDelete
  13. @amiirah;
    yup betol tu..kesian anak yg lahir dari keruntuhan ibubapa.. harap2 di jauhkan!



    @tomatokering;
    InsyaAllah harap dia temui kebahagiaan..

    ReplyDelete
  14. anak lawo
    jimmy ensem kan
    bini je perangai x ensem

    ReplyDelete
  15. @terbelog;
    emm tu la..prgai je..tapi sbnrnya boleh ubah..hehe

    ReplyDelete
  16. @ardini;
    comel sgt..mak ayah dia pon cantik kan kak..

    ReplyDelete
  17. dr cerita2 ttg jimmy dan isterinya, kita dh bleh menilai siapa yg baik, siapa sebaliknya..jimmy sedaya upaya nak selamatkan rumah tgga, si isteri plak nak bercerai, mcm nak larikan diri dr masalah,bkn nak selesaikan..disini dah menunjukkan siapa yg benar, siapa salah...semoga jimmy tabah....dan kpd isterinya, berubahlah...pasti anda akan menyesal setelah kehilangan suami yg begitu baik sekali....

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!