Bayi terjerlus jatuh laut

Ya Allah kesian baby ni.. comel lagi. baru pandai merangkak tapi mati pulak selepas jatuh dalam laut melalui lubang tandas. KOT...



Ya Allah kesian baby ni..
comel lagi.
baru pandai merangkak tapi mati pulak selepas jatuh dalam laut melalui lubang tandas.




Bayi terjerlus jatuh laut



KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang baru pandai merangkak, maut, selepas terjatuh ke dalam laut menerusi lubang tandas rumahnya di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, semalam.


Mangsa, Alben Abdullah ditemui terapung di laut kira-kira 25 meter daripada rumahnya oleh seorang jiran, jam 2.40 petang dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Rasli, sebelum kejadian, Alben berada di dalam bilik bersamanya.

LOKASI KEJADIAN...lokasi Alben terjatuh di dalam lubang tandas.
Alben terjatuh dari lubang tandas ni


Mangsa dipercayai merangkak keluar daripada bilik menuju ke bilik mandi sebelum terjatuh ke dalam lubang tandas tanpa disedari bapa saudaranya, Rasil Abdul, 27, yang menjaganya ketika itu.

MAYAT DITEMUI...Musat menunjukkan lokasi Alben ditemui.
  MAYAT DITEMUI...Musat menunjukkan lokasi Alben ditemui.



Ketika kejadian ibunya tiada di rumah kerana bekerja di sebuah restoran di bandar raya ini dan bayi berkenaan dijaga Rasil.



“Saya sempat bermain dengannya dan ketika itu Alben sangat gembira sebelum dia keletihan dan tertidur. Selepas Alben tidur, saya turut terlelap di sisinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


sumber: harian metro

You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. kesiannya..cmnela leh smpai cmtu..xder pintu tndas ke..

    ReplyDelete
  2. Bayi itu memang kesian.. Tapi kesian lagi Ibu dan Bapa bayi itu... Bayangkan lah betapa hancurnya hati seorang Ibu Dan bapa...

    ReplyDelete
  3. HAI...NAPE LA TAK TOTOP LUBANG TOILET TUHHHHHH.....!!! GRRRRR...geram~,~

    ReplyDelete
  4. isk2..pintu tandas tu kena tutup dengan pagar

    ReplyDelete
  5. ya allah . . .ksian die . . . .
    nak salahkan spe pun tatau la

    ReplyDelete
  6. subhanallah...sedihnye ati ibu...

    ReplyDelete
  7. kesiannye..patut tutup lubang tu..hurmm :(

    ReplyDelete
  8. alahaiii nape x tutup pintu..T.T

    ReplyDelete
  9. kesian baby tu..saperlah harus disalahkan :'(

    ReplyDelete
  10. tragis betul kejadian ni...

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah.. kesiannya.. iskk risau betoi kalau fikir pasal anak2 kecik ni.. macam2 kes

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!