Day 7 – My Dream Wedding

jijah suka betul cabaran ke 7 ni. wee~~ kalau nak tahu ape jijah buat rujuk entry ini yehaaaa... mood gatal daku dah kembali. kahkahkah~~ k...

jijah suka betul cabaran ke 7 ni. wee~~ kalau nak tahu ape jijah buat rujuk entry ini


yehaaaa... mood gatal daku dah kembali. kahkahkah~~


kawan-kawan daku ramai dah kawin dan tunang pun. time daku bilalah ya. huuuu T_T suka tengok mereka dah berlakibini. emm dah jodoh dorang awal kan. :( eh tak tak ni bukan mood bersedih sedihan. ini mood untuk berangan bagai. lalala :p


bercerita pasal my dream wedding. banyak betul perancangan daku sebenarnya. alang-alang lagi setahun/dua tahun lagi [lambat lagi la derr] nak kahwin baik daku pikirkan nak buat majlis yang agak simple tapi meriah sikit.


dan ape perancangan my dream wedding sila baca sampai habis. amaran awal-awal panjang entry ni tau.. heee




THEME

Theme yang daku impi-impikan kalau boleh nak buat konsep moden. Konsep ini nampak lebih santai dan tak la nampak formal sangat. Tetapi hati berangan-angan nak simpan impian nak wedding kat Taman Bunga.. hehehe Kira wedding ala-ala taman gitu...Tu pon kalau berkesempatan.

PELAMIN

dalam sebuah majlis perkahwinan tak lengkap rasanya kalau tak de pelamin kan.

ihsan dari google


Pemilihan warna lembut macam putih,krim dan merah jambu sangat sesuai.. Pemilihan kerusi yang tinggi dapat menaikkan seri pengantin.. yelah nanti kalau pakai kerusi yang rendah akan nampak tenggelam pulak kan.. Dekorasi ala-ala taman ni kalau boleh daku nak semua tetamu yang datang nanti dapat menikmati keindahan bunga-bunga segar ala-ala taman secara tak langsung tetamu tidak mahu berganjak dari majlis perkahwinan daku..hehehe


PELAMIN NIKAH



daku tertarik dengan pelamin nikah semasa majlis perkahwinan elyana dulu...
sangat cantik kan..pelamin mini ni ringkas dan simple saja...lebih kepada kusyen yang comel-comel..sesekali guna biru ni amat cantik bukan...

beralih kepada CONCEPT HANTARAN pula

disebabkan daku suka dengan colour pink+purple..jadi kalau boleh pada hantaran daku semua serba pink+purple tu..hehe warna ni melambangkan kelembutan dan kesopanan begitu juga di ibaratkan dengan pengantin itu tersebut.. hantaran yang simple tapi nampak eksklusif kan..lebih kepada bunga-bungaan disekelilingnya..



BUSANA PENGANTIN

ihsan dari Arma Couture

daku impikan busana ala-ala jubah yang nampak sopan.. kalau boleh daku nak berkonsepkan arabic jadi nampak lebih ayu dan sopan disamping padanan tudung dan aksesori yang cantik..dan time nikah nanti daku nak pakai colour yang lembut dan pastel.. selain itu busana jubah tak de la nampak ketat dan amat selesa di pakai..Tengok macam masa perkahwinan bienda busana nya sangat cantik dan lembut jer kan..matching sangat-sangat..

baju macam elyana pakai masa nikah warna biru turqoise...cantiknya kan! nampak lebih sopan,ayu dan manis gitu! oh! daku sudah rambang mata!




amacam? gempak tak my dream wedding. kahkahkah~

kopak la poket encik tentera laut daku tu. teheeeee ^^ tu cuma angan angan daku je. kalau boleh biarlah majlis tu sempurna dan orang yang datang akan mengingati majlis perkahwinan daku sampai bila-bila. biar simple tapi meriah. betul tak.

yang penting ikut kemampuan kita. tak usah nak berhutang bagai k. lepas perkahwinan lagi banyak duit nak guna.


asalkan menjadi isteri yang sah kepada lelaki yang halal dah cukup baik.. yang wajib tu di dahulukan wink wink ^_^


You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. wowweee..i like..i like pink...tapi sis kawin tema meroon cream

    ReplyDelete
  2. Banyak biru dan ungu... cantik... Nak kahwin nanti heboh-hebohkan laa kat sini... Boleh beri ucapan....

    ReplyDelete
  3. blackroses;

    maroon cream cantik juga tu sis..

    ReplyDelete
  4. wah!!daku pun suke pink+purple!!

    cntek la cik jijah!!

    ReplyDelete
  5. nuyui;

    cantik sgt kan..t yui buat la wedding cmni..hee

    ReplyDelete
  6. babe .. cantik combination color pelamin tu .. deco2 sikit2 mcm mine.. tp color turqoise+yellow+white .. nti we share pics ey..mane tau contribute idea to this b2b

    ReplyDelete
  7. rasa2 macam dah nak dekat dah ni....cik zizah bagi bunga-bunga klu dia ni...bila tu?...

    ReplyDelete
  8. missrhana;

    ok no hal...nak jugak! thanks dear 4 ur idea..nnti dah update gtau jijah ye

    ReplyDelete
  9. khairil;


    hahaha bukan lah..jijah main2 berangan je..

    ReplyDelete
  10. insyaallah boleh jadi kenyataan.kumpul duit cepat.hari-hari menabung...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!