kisah artis
Rozita Che Wan Menghidap Hepatitis
10:15:00 AM
Pelakon cantik Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya kerana dipercayai menghidap hepatitis.
Rozita pada mulanya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas berasa sakit kepala dan akhirnya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan.
“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan,” kata sumber berkenaan.
Jelas sumber itu lagi, Rozita enggan menerima sebarang pelawat kerana mahu berehat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berhubung dengannya.
Akibat kejadian itu, beberapa penggambaran drama yang melibatkan Rozita terpaksa ditangguhkan sehinggalah pelakon itu benar-benar sembuh.
sumber: mstar
4 insan comel komen
owh,baru tau..mge cpt sihat..
ReplyDeleteksian Rozita . .. ish2
ReplyDeletekesian RCW..get well soon le :D
ReplyDeleteartis pun manusia biasa , tak terkecuali dari kena penyakit...semuga dia cepat sembuh...
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!